OKTOBER

 1 Oktober 2023





  • Mendaftarkan kelas kursus Kad Hijau bagi pelatih yang baru mendaftar masuk.
  • Kursus kelas Kad Hijau didaftarkan melalui akaun CIMS CIDB pelatih masing-masing. 

2 Oktober 2023

  • Memeriksa status pekerjaan bekas pelatih tajaan MAIPS. 
  • Memastikan setiap pelatih mempunyai surat tawaran pekerjaan masing-masing. 
3 Oktober 2023


  • Membuat resume untuk pelatih KESEDAR yang akan menyambung praktikal dan mencari pekerjaan. 
4 Oktober 2023





  • Hari terakhir sebagai pelajar praktikal di Akademi Binaan Malaysia Utara.

Tempoh 6 bulan praktikal adalah bukan tempoh yang singat dan mudah bagi seorang pelajar seperti saya yang baru pertama kali merasakan dunia alam pekerjaan yang sebenar. Sepanjang berada di ABM, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga yang tidak mungkin saya akan peroleh di tempat lain. Hati saya sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan praktikal dengan jayanya. 

Walau bagaimana pun, perasaan sedih tetap menyentuh hati dan perasaan saya kerana dengan berat hati harus meninggalkan Akademi Binaan Malaysia Utara ini. Segala pengalaman manis dan pahit di ABM ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan yang lain pula di masa hadapan. 

Akhir sekali, tiada sebarang penyesalan dalam diri ini selama menuntut di Akademi Binaan Malaysia. Saya percaya, setiap pekerjaan dan di mana-mana tempat pekerjaan pun sudah semestinya memiliki sisi yang baik dan buruknya masing-masing. Ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana kita menghadapi apa jua situasi dan bagaimana kita menetapkan 'mindset' kita di tempat kerja. 

Comments

Popular posts from this blog

Kata-kata terakhir

September

Laporan Harian Latihan Praktikal di ABM Sintok (NUAIMAH DARMIS 269800)