Kata-kata terakhir
Tempoh 6 bulan praktikal adalah bukan tempoh yang singkat dan mudah bagi seorang pelajar seperti saya yang baru pertama kali merasakan dunia alam pekerjaan yang sebenar. Sepanjang berada di ABM, saya dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan dan pengalaman berharga yang tidak mungkin saya akan peroleh di tempat lain. Hati saya sangat gembira dan bersyukur kerana berjaya menamatkan praktikal dengan jayanya. Walau bagaimana pun, perasaan sedih tetap menyentuh hati dan perasaan saya kerana dengan berat hati harus meninggalkan Akademi Binaan Malaysia Utara ini. Segala pengalaman manis dan pahit di ABM ini menjadikan saya seorang yang lebih kuat dan menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran alam pekerjaan yang lain pula di masa hadapan. Akhir sekali, tiada sebarang penyesalan pun dalam diri ini selama menuntut di Akademi Binaan Malaysia. Saya percaya, setiap bidang pekerjaan dan di mana-mana tempat pekerjaan pun sudah semestinya memiliki sisi yang baik dan buruknya masing-masing. Ia...